Kem Lencana Kemajuan Skim Pengakap Kanak-kanak 2018

Pada 11 Ogos 2018 yang lalu, PPMD Kuantan telah mengadakan satu Kem Lencana Kemajuan Skim Pengakap Kanak-kanak (PKK) di SK Permatang Badak, Kuantan.

Kem ini adalah bertujuan untuk menguji dan menilai ahli-ahli PKK di seluruh Daerah Kuantan bagi memakai lencana-lencana kemajuan PKK iaitu Keris Gangsa, Keris Perak dan Keris Emas.

Seramai 319 orang peserta telah hadir dari seluruh daerah. Daripada jumlah ini, 85 orang PKK telah diuji untuk memakai Keris Emas, 110 Keris Perak dan 124 Keris Gangsa.

Semua peserta kem mendengar taklimat awal dari ADC Mohd Zamri bin Hashim.

Kesemua PKK telah diuji dan dinilai mengikut skim masing-masing.

Penguji-penguji adalah dari kalangan penolong-penolong pesuruhjaya pengakap negeri dan daerah, pemimpin-pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pengakap. Penguji Lencana Kemajuan Keris Emas telah diketuai oleh ADC Mohd Zamri bin Hashim,  Lencana Kemajuan Keris Perak diketuai oleh ADC Kapten (B) Syahril bin Md Nor TUDM manakala Lencana Kemajuan Keris Gangsa diketuai oleh ADC Muhammad Safwan bin Ismail.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuantan, Tuan Haji Ab. Muhaimin bin Ab Hamid.

Program bermula seawal jam 8 pagi dan tamat pada jam 5 petang.



Peserta Lencana Kemajuan Keris Emas sedang mendengar taklimat skim.

Peserta Lencana Kemajuan Keris Emas sedang menerima taklimat skim.

Peserta Lencana Kemajuan Keris Gangsa sedang mendengar taklimat dan menyiapkan buku log masing-masing.

Peserta berhenti rehat dan makan.

Peserta Kem Lencana Kemajuan Pengakap Kanak-kanak Kuantan 2018.

Comments

Popular Posts