Lencana Keahlian Pengakap Kanak-kanak

LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP


Sebelum menjadi seorang ahli Pengakap Kanak-kanak, seseorang budak itu perlu mengetahui beberapa perkara yang melayakkannya memakai Lencana Keahlian Pengakap seperti dalam rajah di atas.

Berikut adalah ujian yang perlu LULUS bagi memakai Lencana Keahlian Pengakap:-
  1. Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Dunia
  2. Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap
  3. Lima Prinsip Rukun Negara
  4. Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap
  5. Sejarah Pergerakan Pengakap
  6. Sejarah ringkas Pergerakan Pengakap
  7. Cerita Hutan
  8. Laung Agung

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN LAMBANG PENGAKAP DUNIA

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

Tiga kelopak yang berwarna merah melambangkan tiga elemen di dalam Persetiaan Pengakap.

Bintang kuning berbucu 14 melambangkan Kesemua Negeri di Malaysia.

Dua bintang hijau berbucu lima berwarna hijau (10 bucu) melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan hijau pada pangkal kelopak merah itu melambangkan Persaudaraan Pengakap.

Lingkaran tali yang berwarana kuning melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia.

Bulan sabit berwarna kuning melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi di Malaysia.


LAMBANG PENGAKAP DUNIA


Tiga kelopak yang berwarna putih melambang tiga elemen dalam Persetiaan Pengakap.

Dua bintang berbucu lima berwarna ungu (10 bucu) melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.

Ikatan Buku Sila berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap Dunia.

Warna Ungu melambangkan Warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna Putih melambangkan Kebersihan dan Kesucian.


PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP

PERSETIAAN PENGAKAP




UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa DIPERCAYAI maruah dan kehormatan dirinya. 


Kedua
Pengakap adalah seorang yang TAAT kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 


Ketiga
Pengakap wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong orang pada setiap masa. 


Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan BERSAUDARA kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 


Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna BUDI pekertinya dan sentiasa berbudi. 


Keenam
Pengakap itu baik dan KASIH kepada segala BINATANG


Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 


Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa TABAH HATI, sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 


Kesembilan
Pengakap itu JIMAT dan cermat 


Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan SUCI FIKIRANnya, PERKATAANnya dan PERBUATANnya.

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA



HORMAT PENGAKAP DAN COGANKATA PENGAKAP

HORMAT PENGAKAP




Comments

Post a Comment

Popular Posts