Sejarah Pergerakan Pengakap Dunia


SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA
Lord-Baden Powell
Lord Baden-Powell

Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Lord Baden-Powell pada tahun 1907 di England. Nama penuh beliau ialah Lieutenant-General Robert Stephenson Smyth Baden-Powell. Beliau lahir di London, England pada 22 Februari 1857. Ayahnya, Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di University of Oxford manakala ibunya bernama Henrietta Grace Smyth. Beliau merupakan bekas pegawai tentera British. Beliau telah berkhidmat di banyak perang-perang terutamanya di Afrika.
Karier Sebagai Tentera
Baden-Powell sebagai tentera.

Pada tahun 1876, Baden-Powell telah menyertai pasukan “13th Hussar” dengan pangkat sebagai “Lieutenant”. Beliau kemudian belajar ilmu ketenteraan dan kepengakapan dari Puak Zulu seawall tahun 1880 di Daerah Natal, Afrika Selatan di mana dia dan rejimennya ditempatkan. Semasa dalam pengembaraannya di sini, dia telah menjumpai banyak manik kayu, yang mana manik kayu ini dipercayai dimiliki oleh Raja Dinizulu, iaitu salah seorang Raja Kaum Zulu pada masa itu. Manik kayu inilah yang menjadi simbol kepimpinan dalam kepengakapan seperti hari ini.
Manik Kayu atau "Wood Badge"

Oleh kerana beliau telah menunjukkan kepimpinan yang baik semasa dalam perkhidmatannya, beliau telah dinaikkan ke pangkat “Major” dan sebagai “Aide-de-camp” atau setiausaha kepada bapa saudaranya, Gabenor Kepulauan Malta, Sir Henry Agustus Smyth. Dia ditempatkan di Malta selama 3 tahun dan selama di situ dia bekerja sebagai pegawai perisik bagi kepualauan Maditerranean.

Pada tahun 1896, beliau telah kembali ke Afrika dan berkhidmat dalam Perang Matabele ke-2. Di sini dia telah bertemu dengan Peninjau dari Tentera Amerika Syarikat bernama Frederick Russell Burnham. Baden-Powell telah belajar ilmu ikhtiar hidup dan kepengakapan dari Frederick Russel Burnham. Adalah dipercayai juga Frederick memakai topi “Stetson” (Topi bulat dan tali) dan “neckerchief” (Skaf tiga segi), yang menjadi simbolik pergerakan pengakap pada hari ini.
"Stetson"

"Neckerchief"

Baden-Powell kemudian di tempatkan di Gold Coast. Pada tahun 1897, beliau dihantar ke India untuk berkhidmat dalam Perang Ashanti ke-4. Beliau telah dinaikkan ke pangkat “Colonel” pada usianya 40 tahun, yang mana beliau adalah “Colonel” termuda dalam sejarah ketenteraan British. Beliau ditugaskan untuk memimpin “5th Dragoon Guards”. Beberapa tahun kemudian dia telah menulis sebuah buku panduan mini bertajuk “Aids to Scouting”. Buku ini menulis tentang ringkasan ilmu meninjau (scouting) yang dipelajarinya daripada Frederick Burnham.

Perang Mafeking
Baden-Powell telah kembali ke Afrika sebelum Perang Boer ke-2. Pada masa ini, Baden-Powell telah diarahkan untuk bertahan di Mafeking. Mafeking pada masa itu sedang dikepung oleh seramai 8 000 orang tentera Boer. Baden-Powell yang pada ketika itu mengetuai pertahanan Mafeking hanya mempunyai kira-kira 1 500 orang tentera, telah bertahan selama 217 hari. Daripada jumlah itu, beliau telah kehilangan seramai 812 orang tentera manakala Tentera Boer telah kehilangan seramai 2 000 orang tentera.
Strategi Perang Mafeking oleh Baden-Powell.

Strategi Perang Mafeking oleh Baden-Powell.


Semasa pengepungan Mafeking ini, Baden-Powell telah menggunakan pelbagai strategi peperangan seperti menanam periuk api palsu untuk mengelirukan pihak lawan dan menubuhkan “Mafeking Cadets” yang dianggotai oleh kanak-kanak dan remaja yang berusia antara 12 hingga 15 tahun. “Mafeking Cadets” ini ditugaskan untuk menyampaikan maklumat, memberi rawatan dan membawa keluar tentera yang cedera dalam medan perang. Baden-Powell mendapati kanak-kanak ini mampu menjalankan tugas yang diberi kepada mereka dengan baik. Peristiwa inilah yang memberikan idea kepada Baden-Powell untuk menubuhkan unit pengakap.

"Mafeking Cadets"

Penubuhan Pengakap
            Atas kejayaan “Mafeking Cadets” ini dan berdasarkan pengalamannya, Baden-Powell telah menulis sebuah buku yang bertajuk “Aids to Scouting”. Buku ini telah diterima dengan meluas oleh semua pihak termasuk pihak guru dan persatuan belia. Beliau kemudian menulis kembali buku itu supaya sesuai dengan pembaca kanak-kanak.
Baden-Powell di Pulau Brownsea, 1907

Peserta Perkhemahan Pulau Brownsea, 1907.

Tapak Perkhemahan Pulau Brownsea, 1907.

            Pada 1 hingga 8 Ogos 1907, beliau telah membawa sekumpulan 21 orang kanak-kanak untuk berkhemah di Pulau Brownsea, England. Kesemua kanak-kanak ini telah dibahagikan kepada 4 patrol, yang menjadikan sistem patrol pada hari ini. Kesemua mereka berkhemah, memantau, membuat gajet dan ikhtiar hidup, menyelamatkan nyawa dan menanamkan semangat patriotik.
Tugu Peringatan Perkhemahan Pertama Pengakap.

            Oleh kerana pada masa ini masih belum ada simbol atau lambang pengakap, semua peserta tidak memakai uniform seragam tetapi kesemua mereka memakai skaf (“neckerchief” – seperti yang dipakai oleh Frederick Russel Burnham). Mereka juga diberi lencana “fluer-de-lis” yang mana hari ini menjadi simbol asas lambang pengakap dunia.
"Fluer-de-lis"

            Setelah lulus semua ujian ikatan, menjejak dan bendera kebangsaan, peserta perkhemahan ini akan diberikan lencana yang tertulis “Be Prepared” seperti yang diguna pakai oleh semua pengakap seluruh dunia pada hari ini.

            Perkhemahan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Perkhemahan Pengakap Pertama.

            Pada tahun 1920, Jambori Dunia Pengakap Pertama (1st World Scout Jamboree) telah diadakan di Olympia, West Kensington, London. Di sini, Baden-Powell telah dinamakan sebagai Pengakap Agung Dunia (Chief Scout of The World).

            Pada tahun 1921, Baden-Powell telah diberikan gelaran kenamaan “Baronet” menjadikan namanya Baron Baden-Powell of Gillwell in the Country of Essex. Pada 17 September 1929, Taman Gillwell (Gillwell Park) telah dibuka dan dijadikan Pusat Latihan Pemimpin Pengakap.

            Pada tahun 1937 di Jambori Dunia Pengakap ke-5 (5th World Scout Jamboree), Baden-Powell telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kepengakapan.

            Pada tahun 1941, Baden-Powell telah menghembuskan nafas terakhirnya dan telah ditanam di St. Peter’s Cemetary di Nyeri, Kenya. Pada batu kuburnya terlukis simbol “O” yang mempunyai titik di tengah yang mana dalam isyarat sulit pengakap bermaksud “Saya sudah pulang”.

Tanda kubur Baden-Powell.

Rujukan:
  1. https://thecollectorsshopblackrock.wordpress.com/2014/09/27/collectibles-historical-memorabilia-from-the-siege-of-mafeking-boer-war/
  2. https://streamsandforests.wordpress.com/2013/11/04/siege-of-mafeking-introduction/
  3. http://www.paradeantiques.co.uk/art/print/ltd-ed-print-baden-powell-sketch-siege-mafeking-boer-war
  4. https://en.wikipedia.org/wiki/Robert_Baden-Powell,_1st_Baron_Baden-Powell
  5. https://en.wikipedia.org/wiki/Fleur-de-lis_in_Scouting



Comments

Popular Posts