Kempori Pengakap Kuantan 2018
Pada 7 hingga 9 Oktober 2018, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuantan telah mengadakan satu Kempori Pengakap Daerah Kuantan di Pusat Rekreasi Air Pantai Balok.
Kempori ini telah disertai oleh 295 orang peserta dari sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah kebangsaan dalam daerah Kuantan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan pantai, permainan tradisional, pembersihan Pantai Balok, kembara pantai dan persembahan kebudayaan.
Antara pertandingan yang telah dijalankan pula ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan membina istana pasir, pertandingan "Yell-Champions", pertandingan "QR-Xplorace". Ini merupakan kali pertama pertandingan "QR-Xplorace" ini diadakan yang mana pertandingan ini menggunakan teknologi QR Scanner untuk mengimbas QR Code dalam menjalankan aktiviti dan pertandingan.
Aktiviti lain juga ialah Kempen Alam Sekitar yang dikelolakan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang (Alam Sekita), Puan Anitha A/P Somasundaram.
Untuk pemimpin pula, pihak urusetia telah menganjurkan Majlis INDABA yang telah dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Dato' Lias bin Md Noor dan bekas Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuantan, Tuan Haji Bakhtiar bin Sanusi. Majlis ini juga adalah sebagai penghargaan kepada Tuan Haji Bakhtiar bin Sanusi atas jasa beliau sepanjang menjadi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuantan. Beliau telah bersara wajib pada tahun 2017 dan atas jasanya, beliau kini telah dilantik menjadi Ahli Majlis Pengakap Negeri Pahang.
Majlis INDABA Kempori Pengakap Kuantan ini juga menyaksikan seramai 48 orang Pemimpin Pengakap Daerah Kuantan disematkan Pingat Perkhidmatan Am (PPa) oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang.
Kempori ini telah dibantu oleh ahli-ahli dari pasukan-pasukan kelana dari seluruh Negeri Pahang antaranya Kelana G (Udara) Kuantan, Kelanasiswa UIAM, Kelana D Pekan dan Kelana TATI.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang, ASC Tuan Haji Shaari bin Pilus, bagi mewakili Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang, Dato' Lias bin Md Noor.
Pihak urusetia Kempori Pengakap Kuantan 2018 ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada:
- Ketua Pesuruhjaya Pengakap Pahang, Dato' Hj Lias bin Md Noor
- Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuantan, Tuan Haji Razali bin Mustafar
- Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang yang terlibat
- Semua Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang terlibat
- Semua Pemimpin-pemimpin Kumpulan yang terlibat
- Semua Penolong-penolong Pemimpin Kumpulan yang terlibat
- Semua Ahli Pasukan Kelana yang terlibat
- Pejabat Pengurusan Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Kuantan
- Majlis Perbandaran Kuantan
- Balai Polis Balok, Kuantan
- Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan
- Klinik Kesihatan Balok, Kuantan
- Dan semua pihak yang membantu samada secara lansung atau tidak lansung.
Sekilas Pandang @ Kempori Pengakap Kuantan 2018
Logo Kempori Pengakap Daerah Kuantan 2018
ASC Anitha Somasundaram melawat tapak kempori sebelum aktiviti alam sekitar.
Peserta kempori semasa menjalani aktiviti alam sekitar.
Pertandingan membina istana pasir.
Comments
Post a Comment